
Tema Esei
- Esei mesti memfokuskan kepada aspek pembangunan, pengalaman peribadi atau suasana kampung halaman peserta.
Format Penulisan
- Perisian: Microsoft Word
- Fon: Times New Roman atau Calibri Body, saiz 12
- Jidar: 1 inci (2.5 cm) di sekeliling
- Jarak BarisItem: 1.5 atau dua baris
Syarat Penyertaan
- Esei yang dihantar mestilah karya asli peserta. Sebarang bentuk plagiarisme, termasuk penyalinan dari sumber lain atau penggunaan kecerdasan buatan (AI), akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.
- Sumber rujukan mesti dinyatakan dengan jelas dalam nota kaki.
- Terbuka kepada warga Sarawak sahaja.
- Setiap peserta dibenarkan menyertai maksimum dua (2) kategori.
- Peserta juga haruslah mendaftar atau subscribe ke Rakan Sarawak Online (RO) sebelum menyertai pertandingan.
- Peserta mesti mendaftar melalui Google Form yang disediakan dan memastikan semua maklumat peribadi adalah tepat sebelum menyerahkan. Selepas menyerahkan, peserta akan menerima sebuah ID nombor melalui e-mel.
- Esei yang telah siap juga boleh dihantar melalui e-mel ke: FMMPeraduan@gmail.com dalam format PDF memastikan ID peserta adalah betul sebelum penghantaran.
- Sekiranya peserta mempunyai sebarang soalan, mereka boleh menghubungi FMMPeraduan@gmail.com melalui e-mel.
- Penganjur berhak menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya tidak asli.
- Penyertaan yang tidak mematuhi syarat-syarat tidak akan dinilai dan boleh disingkirkan.
Bahasa Penulisan
- Esei boleh ditulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Iban, atau Bahasa Mandarin.
Kategori Penyertaan dan Panjang Esei
- Awam: Berumur 21 tahun ke atas; panjang esei antara 1000 hingga 1200 patah perkataan.
- IPT/IPTS/TVET: Berumur 21 tahun ke atas; panjang esei antara 800 hingga 1000 patah perkataan.
- Sekolah Menengah: Berumur 15 hingga 17 tahun; panjang esei antara 750 hingga 900 patah perkataan.
- Sekolah Rendah: Berumur 10 hingga 12 tahun; panjang esei antara 400 hingga 550 patah perkataan.
Hadiah Pertandingan
Hadiah Pertama
RM1,000.00
Hadiah Kedua
RM750.00
Hadiah Ketiga
RM500.00
Sagu Hati 1 hingga 5
RM250.00
setiap satu
Pengumuman dan Penyampaian Hadiah
- Pengumuman pemenang akan dibuat tujuh hari selepas tarikh tutup penyertaan.
- Sesi penyampaian hadiah akan diadakan pada minggu ketujuh selepas tarikh tutup.
Hak Milik Esei
Semua esei yang dihantar akan menjadi hak milik eksklusif RAKAN Sarawak. RAKAN Sarawak berhak menggunakan, menerbitkan, atau mengedarkan esei-esei tersebut untuk sebarang tujuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penerbitan, penyebaran melalui media digital, atau penggunaan dalam program promosi dan pendidikan. Peserta bersetuju bahawa mereka tidak akan menuntut hak cipta atau sebarang royalti atas penggunaan esei mereka oleh RAKAN Sarawak.
Nota: Pastikan semua penyertaan memenuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan untuk melayakkan diri dalam pertandingan ini. Selamat menulis dan semoga berjaya kepada semua peserta!